Friday, August 14, 2009

-senaman untuk mata~

(sumbangan coretan : supersenior opto..semoga kalian dilimpahi rezeki yg diberkati oleh Allah...)
Korang pernah tak rasa mata korang macam stress and rasa macam menyucuk2 dari dalam?... Kalau korang pernah rase macam ni menandakan korang akan bertemu jodoh tak lama lagi...hehe.... Merepek je aku nih... Sebenarnya korang akan rase macam tu jika korang :

1. Memandu terlalu lama (long distance)
2. Guna komputer lama sangat
3. Terlalu banyak menonton TV
4. Membuat suatu perkerjaan yang memerlukan fokus dekat dalam keadaan berpanjangan

Aku pasti ramai antara korang selalu mengalami fenomena 'eye-strain' nih.... Tau tak korang, fenomena ni sebenarnya dapat dilegakan atau dihilangkan dengan siri2 senaman yang ringkas yang korang boleh buat on the spot... Malah, jika korang selalu buat senaman2 ni selalu, sistem kawalan fokus serta kekuatan mata korang akan bertambah dan mata korang akan menjadi semakin 'mantap' dalam melakukan kerja2 fokus dekat...
Jom kita layan.... 1,2,3,4....8 lagi....1,2,3.... yeah....!!!!

1. 'Push Up' Mata Korang
Senaman bertujuan untuk menguatkan koordinasi mata korang dalam melihat objek2 dekat bersama2... Kiranya korang ajar mata kiri dan kanan untuk bekerja secara berpasukan..heheh..
Kalau koordinasi kedua mata kurang, ni lah yang menyebabkan mata cepat letih...
Kalau takde pen, guna hujung jari pun boleh


Caranya, korang pegang sebatang pen pada jarak panjang tangan dihadapan mata korang... Pastu korang fokus ke hujung mata pen tersebut dan bawak pen tu perlahan2 semakin dekat kearah hujung hidung korang... Pastikan mata sentiasa fokus kat hujung pen tersebut sampai la korang nampak hujung pen tu jadi dua... ulang latihan sampai korang still nampak hujung pen tu satu je walaupun hujung pen tu dah sampai kat hujung hidung korang.... yesssszaaaa...

2. Latihan Mengubah Fokus
Latihan ni bertujuan untuk melambatkan mata korang menjadi letih apabila melakukan 'near task'. Latihan ni bertujuan meningkatkan abiliti mata korang untuk mengubah fokus dari tengok jauh ke tengok dekat atau sebaliknya...
Korang amik satu buku atau surat khabar and pilih tulisan yang agak kecik.... korang fokus pada tulisan tu and bawa tulisan mendekati mata korang... Bawa sampai point last sekali korang still boleh baca tulisan tu...( dekat lagi dari point tu korang dah nampak kabur tulisan tu). Korang tenung tulisan tu selama 15 saat dan lepas tu korang alihkan pandangan korang kat objek jauh yang jaraknya lebih kurang 10 kaki and tenung selama 15 saat jugak... Korang boleh ulang step tadi selama 5 kali...

3. Latihan 'Merry Go Round'
Nama latihan kat atas ni aku yang pandai2 bagi....hehe... Latihan ni bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen kat mata korang.... Mata korang akan lebih 'fresh' lepas korang buat latihan ni...
Korang cuba pusingkan bola mata korang dalam satu pusingan lengkap sebanyak 3 kali atau lebih pun takpe... Ikut suka korang... Lepas tu korang gerakkan mata korang ke kanan dan ke kiri dan ke kanan semula...

4. Tekup dan Urut
Nama latihan ni pun aku reka2 sendiri....heheh... Latihan ni bertujuan untuk merelakskan mata korang setelah sekian lama bekerja....

Jangan tertido terus yer!!!!


Caranya, korang tutup mata and kemudian korang urut mata korang dengan belakang tapak tangan... korang boleh lakukan serentak pada kedua2 mata dalam masa beberapa saat.... Sejurus selepas tu, korang bukak mata and korang tekup mata korang dengan tapak tangan (korang jadi tak nampak la masa ni!!!). Korang biar dalam masa 30 saat dan tarik nafas perlahan2 dengan menggunakan hidung....yesssssszaaaaa


Ok....Amacam...??? Boleh la nanti korang cuba kat class ker, kat DK ker,midvalley ker, atau dimana2 korang rase sesuai... Kalau korang nak praktikkan di gym2 yang berhampiran pun boleh...Aku tak kisah...hehehe...
Pastikan jugak korang banyakkan berkelip dan menguap untuk melancarkan pengaliran air mata dan oksigen...Banyakkan juga pengambilan air masak yer... Kalau korang amalkan selalu, mata korang akan lambat letih n produktiviti korang akan bertambah...cewah....:)

~SELAMAT MENCUBA!~

No comments:

Post a Comment