Monday, August 17, 2009

~all da best~

tiade jalan mudah utk berjaya...
STUDY!
STUDY!!
STUDY!!!

Friday, August 14, 2009

-senaman untuk mata~

(sumbangan coretan : supersenior opto..semoga kalian dilimpahi rezeki yg diberkati oleh Allah...)
Korang pernah tak rasa mata korang macam stress and rasa macam menyucuk2 dari dalam?... Kalau korang pernah rase macam ni menandakan korang akan bertemu jodoh tak lama lagi...hehe.... Merepek je aku nih... Sebenarnya korang akan rase macam tu jika korang :

1. Memandu terlalu lama (long distance)
2. Guna komputer lama sangat
3. Terlalu banyak menonton TV
4. Membuat suatu perkerjaan yang memerlukan fokus dekat dalam keadaan berpanjangan

Aku pasti ramai antara korang selalu mengalami fenomena 'eye-strain' nih.... Tau tak korang, fenomena ni sebenarnya dapat dilegakan atau dihilangkan dengan siri2 senaman yang ringkas yang korang boleh buat on the spot... Malah, jika korang selalu buat senaman2 ni selalu, sistem kawalan fokus serta kekuatan mata korang akan bertambah dan mata korang akan menjadi semakin 'mantap' dalam melakukan kerja2 fokus dekat...
Jom kita layan.... 1,2,3,4....8 lagi....1,2,3.... yeah....!!!!

1. 'Push Up' Mata Korang
Senaman bertujuan untuk menguatkan koordinasi mata korang dalam melihat objek2 dekat bersama2... Kiranya korang ajar mata kiri dan kanan untuk bekerja secara berpasukan..heheh..
Kalau koordinasi kedua mata kurang, ni lah yang menyebabkan mata cepat letih...
Kalau takde pen, guna hujung jari pun boleh


Caranya, korang pegang sebatang pen pada jarak panjang tangan dihadapan mata korang... Pastu korang fokus ke hujung mata pen tersebut dan bawak pen tu perlahan2 semakin dekat kearah hujung hidung korang... Pastikan mata sentiasa fokus kat hujung pen tersebut sampai la korang nampak hujung pen tu jadi dua... ulang latihan sampai korang still nampak hujung pen tu satu je walaupun hujung pen tu dah sampai kat hujung hidung korang.... yesssszaaaa...

2. Latihan Mengubah Fokus
Latihan ni bertujuan untuk melambatkan mata korang menjadi letih apabila melakukan 'near task'. Latihan ni bertujuan meningkatkan abiliti mata korang untuk mengubah fokus dari tengok jauh ke tengok dekat atau sebaliknya...
Korang amik satu buku atau surat khabar and pilih tulisan yang agak kecik.... korang fokus pada tulisan tu and bawa tulisan mendekati mata korang... Bawa sampai point last sekali korang still boleh baca tulisan tu...( dekat lagi dari point tu korang dah nampak kabur tulisan tu). Korang tenung tulisan tu selama 15 saat dan lepas tu korang alihkan pandangan korang kat objek jauh yang jaraknya lebih kurang 10 kaki and tenung selama 15 saat jugak... Korang boleh ulang step tadi selama 5 kali...

3. Latihan 'Merry Go Round'
Nama latihan kat atas ni aku yang pandai2 bagi....hehe... Latihan ni bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen kat mata korang.... Mata korang akan lebih 'fresh' lepas korang buat latihan ni...
Korang cuba pusingkan bola mata korang dalam satu pusingan lengkap sebanyak 3 kali atau lebih pun takpe... Ikut suka korang... Lepas tu korang gerakkan mata korang ke kanan dan ke kiri dan ke kanan semula...

4. Tekup dan Urut
Nama latihan ni pun aku reka2 sendiri....heheh... Latihan ni bertujuan untuk merelakskan mata korang setelah sekian lama bekerja....

Jangan tertido terus yer!!!!


Caranya, korang tutup mata and kemudian korang urut mata korang dengan belakang tapak tangan... korang boleh lakukan serentak pada kedua2 mata dalam masa beberapa saat.... Sejurus selepas tu, korang bukak mata and korang tekup mata korang dengan tapak tangan (korang jadi tak nampak la masa ni!!!). Korang biar dalam masa 30 saat dan tarik nafas perlahan2 dengan menggunakan hidung....yesssssszaaaaa


Ok....Amacam...??? Boleh la nanti korang cuba kat class ker, kat DK ker,midvalley ker, atau dimana2 korang rase sesuai... Kalau korang nak praktikkan di gym2 yang berhampiran pun boleh...Aku tak kisah...hehehe...
Pastikan jugak korang banyakkan berkelip dan menguap untuk melancarkan pengaliran air mata dan oksigen...Banyakkan juga pengambilan air masak yer... Kalau korang amalkan selalu, mata korang akan lambat letih n produktiviti korang akan bertambah...cewah....:)

~SELAMAT MENCUBA!~

TAHNIAH KEPADA SENIOR OPTO BATCH 2005/2006

Kami mewakili mahasiswa optometri UKM ingin mengucapkan TAHNIAH kepada senior-senior opto yang akan menerima segulung ijazah pada MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE 37 pada sidang petang ni... good luck to all of you in the future.. bestnyer dah grad, bagi yang masih study lg tu, teruskan usaha anda, aim your target, perjalanan masih jauh, banyak yang perlu dipelajari, ganbatte ne!! hee~

"born to be great, create our own trade"

~berhati-hati lah!!!~

kpd students opto :
~nasihat menjelang ramadhan~

bagi yang menunggang motosikal ke fakulti,berhati-hatilah di jalan raya..banyak betul kedengaran kes kemalangan berlaku pada students FSKB mutakhir ini...hatta tak terkecuali juga students optometri..justeru itu,jgnlah menunggang terlalu laju kerana hendak mengejar masa ke class..beza org yang membawa dgn kelajuan 60km/j dgn 90 km/j hanya lebih kurang 2minit je...oleh hal yg demikian,bertolak lah lebih awal agak tidak tergesa-gesa ke class..tapi jgn la bwk slow sgt sampai berjalan kaki pun boleh pintas anda..baik tolak je moto kalau mcm tu..akhir kata,patuhilah peraturan jalan raya..jadikanlah bulan Ramadhan pada tahun ini utk menahan nafsu anda membawa moto secara berbahaya..jangan disebabkan ego anda itu menyebabkan anda menyambut hari Raya aidilfitri tahun ni dengan mulut berbalut..kaki berbalut xpe,tapi kalau da mulut yg berbalut,nak ke makan ketupat ikut hidung??

Tuesday, August 11, 2009

akan datang ~opkom 18~


~PROGRAM PESTA KONVOKESYEN KE-37~

12 Ogos 2009 (RABU)
10.00 am - 1.00 pm
Alunan Rentak Islam=Pentas Kebudayaan
8.00 am - 5.00 pm
Voices Of Tomorrow=Dewan Gemilang
2.00 pm – 5.00 pm
Konvo Fear Factor=Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Bicara Ad-Din=Pentas Kebudayaan

13 Ogos 2009 (KHAMIS)
8.00 am - 12.00 pm
Riang Ria Bersama Pizza Hut=Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Perasmian=Dataran Dewan Gemilang

14 Ogos 2009 (JUMAAT)
8.00 am - 12.00 pm
Choral Speaking Pentas Kebudayaan=Dewan Gemilang
Pertandingan Azan=Dewan Gemilang
Pertandingan Hafazan=Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas
8.00 am - 5.00 pm
Festival Pantun (Saringan)=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
2.30 pm - 5.00 pm
Kids Fun Cheer=Pentas Kebudayaan
Cosplay Convo=Pentas Diraja
Pertandingan Tilawah / Iqra=Dewan Gemilang
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Simfoni Nurani=Pentas Kebudayaan

15 Ogos 2009 (SABTU)
8.00 am - 12.00 pm
Demonstrasi Arena Pendekar=Pentas Kebudayaan
Pesona Wanita Anggun=Dewan Gemilang
8.00 am - 5.00 pm
Pertandingan Memancing=Tasik Kejuruteraan
Pertandingan Reka Cipta Wau Bulan Dan Permainan Rakyat=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Festival Pantun (Final)=Dewan Gemilang
Pertandingan Chess=Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas
2.00 pm - 5.00 pm
Ilusi Suara UKM=Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Evolusi Seni Tari=Pentas Kebudayaan

16 Ogos 2009 (AHAD) =semua kat DG
9.00 am - 5.00 pm
Enchanted Motor Show
Convo Car Saloon
Convo RC Drift Battle
8.00 pm - 11.00 pm
International Culture Show

17 Ogos 2009 (ISNIN)
9.00 am - 12.00 pm
Malaysian Cooking Challenge=Dataran Dewan Gemilang
Forum=Dewan Gemilang
Pertandingan Pidato=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
9.00 am - 5.00 pm
Super Built Tower=Pentas Diraja
2.00 pm - 5.00 pm
Malaysian Books of Records=Pentas Kebudayaan
Sejenak Bersama UKM=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
8.00 pm - 11.00 pm
Seni Pentas Dimusical=Pentas Kebudayaan

18 Ogos 2009 (SELASA)
9.00 am - 12.00 pm
Seni Kaligrafi=Pentas Diraja
Pertandingan Kawad=Kaki Stadium
8.00 pm - 11.00 pm
Majlis Malam Penutup=Pentas Kebudayaan

~ PTPTN & JPA~


PENGUMUMAN
UNIT KEBAJIKAN PELAJAR
JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR
PENGHANTARAN DAN PENYEMAKAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN
PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SEMESTER I SESI
2009/2010 UKM BANGI, UKM KL DAN PPUKM (KELOMPOK KEDUA)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah Berjaya ditawarkan Pinjaman
Pendidikan PTPTN bagi Semester I Sesi 2009/2010 (Kelompok ke II), pelajar boleh
menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada :

UKM KL DAN PPUKM
Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2009
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Tingkat 1 Blok E (TIBE)
UKM KL


&

SESI PENGHANTARAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN
PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM DI UNIVERSITI/INSTITUSI
TEMPATAN (IPTA/IPTS) BAGI PELAJAR UKM
SESI 2009/2010 (9A)

Sukacita dimaklumkan pelajar yang telah Berjaya ditawarkan Biasiswa JPA Sesi
2009/2010, Sesi penghantaran Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian ialah pada:
Tarikh : 12hb Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat : Unit Kaunseling, JPPel
Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dansalinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi 03-89215316
Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

Monday, August 10, 2009

~interaksi opto~


hari interaksi opto...hemmm..
sebenarnya sengaja aje mengenang kembali hari interaksi opto yang lepas kami (2 orang senior 3rd yr dgn sorang 4th yr) borak masa makan tadi..
kami berharap interaksi opto akan tetap diadakan..tak kisah cepat atau lambat..simple atau complex..kaya atau miskin..(uit,xde kena mengena pun la..)..em,1st yr,sedia aje la ye..2nd yr,semangat2..insyaAllah buat simple2 pun xpe..kitorang akan bagi kerjasama..tapi jangan la buat masa bulan puasa ye..pagi raya pertama pun jangan..ok,tu je..semangat2!!
~tema:hari interaksi mengangkat martabat optometri ke persada dunia~
(pandai2 aje reka..xsedap pula tu..)

Sunday, August 9, 2009

~lab coat~

kepada 1st yr dan 2nd yr,
harap bersabar..kak Matina ngah jahit lagi lab coat korang tu..yg 1st yr pinjam la dulu kawan-kawan punya atau senior punya ke dulu..tapi da pinjam basuh la dulu sebelum nak pulangkan..faham?! ala,korang pun belum bayar habis lagi kan..insyaAllah sebelum raya pertama dapat..korang boleh la pakai masa raya pertama nanti..bendahari 2nd yr tolong kutip duit kat semua tau..semua 1st tak bayar lagi RM6..jangan buat-buat hilang ingatan pula..
lengan pendek = RM 36, lengan panjang = RM 38, tanpa lengan = mana ada jual..
ada apa-apa masalah, sila hubungi exco kebajikan KMO..harap maklum..geee~

~nikmat mata~


Asalmu dari tanah, kembalimu dari tanah.. apa beza kita dengan penciptaan kejadian binatang? lalu dilahirkan ke dunia, diajar mengenal Allah, mengenal Al-Quran, diajar mengenal Rasulullah saw!


Tapi kenapa sekarang kita berubah? kita lupa, leka dan lepas pandang akan segala-galanya. Lihatlah anugerah mata ini, sering digunakan untuk melihat benda yang haram, mengintai-ngintai, tercari-cari kesalahan orang lain. Lalu berkompromi dengan mulut untuk menyebarkan aib.


Sedarkah? Mata ini bukan hak kita tetapi ia hanyalah sebagai amanah dan pinjaman dari Allah swt. Kufurlah nikmat jika mata kita ini diciptakan hanya untuk dipejamkan dan dicelikkan untuk hal-hal tertentu sahaja sehingga kita membiarkan diri selamanya dalam kejahilan. Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka, belum bererti ia melihat. Begitulah juga anugerah mata ini, melihat bulan menerangi malam, sehingga lupa ilmu mendekati Allah sahaja yang dapat menerangi hidup ini di dunia dan di akhirat. Allah yang menciptakan mata ini, Allah sahaja yang tahu apa terbaik untuk hambanya, mengapa kita masih degil, ingkar dan kufur? Terfikirkah kita secara tiba-tiba Allah swt tarik nikmat mata ini, apakah kita kian dekat denganNYA atau kian jauh dariNYA?


Ingatlah kata-kata Imam Al-Ghazali : Di dunia ini yang paling dekat dengan kita adalah mati, yang paling jauh dari diri kita adalah masa lalu, yang paling besar di dunia ini adalah nafsu, yang paling berat adalah memegang amanah, yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat dan yang paling tajam adalah lidah manusia.

Melengah katarak - Delaying cataract

Memakai cermin mata hitam dan topi untuk melindungi sinar ultra ungu matahari boleh melambatkan kemungkinan seseorang mendapat penyakit katarak.

“SAMA ada berlaku pada sebelah mata atau kedua-duanya, katarak disebabkan oleh kekaburan yang berlaku pada lensa dalam mata hingga menjejaskan upaya penglihatan.
“Kebanyakan kes katarak berhubung kait dengan faktor peningkatan usia,” ujar Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof. Dr. Che Muhaya Mohamad.
Jelas beliau, walaupun kebanyakan kes komplikasi penglihatan ini berkait rapat dengan usia, terdapat empat lagi jenis katarak yang tercatat dalam rekod perubatan.


Keempat-empat jenis itu ialah katarak sekunder (terjadi selepas pembedahan masalah mata lain), katarak traumatik (akibat kecederaan), katarak kongenital (katarak sejak dilahirkan atau terbentuk ketika usia kanak-kanak), serta katarak radiasi (pendedahan kepada radiasi).
“Secara teorinya ia bermula daripada perubahan yang terjadi pada lensa di belakang iris dan pupil. Lensa itu berfungsi sama seperti lensa kamera.


Kongenital katarak yang berlaku kepada kanak-kanak disebabkan jangkitan kuman seperti rubella

Protein yang sepatutnya bertujuan mencerahkan lensa dan membenarkan cahaya menembusinya itu boleh terkumpul secara berlebihan dan mengkaburkan permukaan lensa.
“Ketika inilah katarak bermula. Keadaan kabur itu boleh membesar dan bertambah buruk hingga membuatkan daya penglihatan seseorang bermasalah,” terang Che Muhaya yang tidak menolak kemungkinan penyakit diabetes dan tabiat merokok sebagai penyumbang katarak.
Selain pengumpulan protein, penglihatan terjejas apabila lensa yang jernih perlahan-lahan bertukar menjadi warna kekuningan atau keperangan.

“Lensa yang berubah warna itu membuatkan penglihatan dipengaruhi ton warna keperangan.
“Semakin lama permukaan lensa yang terjejas itu menyukarkan upaya seseorang melakukan aktiviti harian seperti membaca, memandu dan mengecam wajah,” ujar Che Muhaya.
Jika ada pendapat yang mengatakan bahawa katarak merupakan penyakit untuk warga tua, fikirkan semula. Istilah ‘penyakit mata berkaitan peningkatan usia’ itu sendiri suatu yang mengelirukan.

Sebenarnya, seseorang yang mendapat katarak tidak semestinya berusia lebih 60 tahun, sebaliknya sudah banyak kes yang dilaporkan berlaku di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an.

“Hanya dengan memakai cermin mata hitam ataupun topi dapat menghalang sinar ultra ungu matahari daripada menjejaskan mata, seterusnya melambatkan kemungkinan mendapat katarak.

“Kalau anda merokok, berhentilah,” kata Che Muhaya yang turut mengesyorkan pengambilan nutrisi yang baik seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan serta sumber makanan lain yang mengandungi agen antioksida.

Pesan beliau kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas: Jalani pemeriksaan mata komprehensif sekurang-kurangnya setahun sekali.

Selain dapat mengenal pasti petanda penyakit mata lain, rawatan awal bagi sebarang jenis komplikasi mata akibat usia boleh menyelamatkan deria yang penting itu.
sumber: kosmo

Saturday, August 8, 2009

~Ramadhan~

SELAMAT MEMASUKI ZON MADRASAH RAMADHAN...
ANDA DIJANJIKAN DENGAN BONUS GANJARAN BERGANDA...
HARGAILAH PELUANG INI...
SELAMAT BERAMAL...

akan datang...T-SHIRT opto~


Sebarang tempahan masih belum lagi dibuka..harap bersabar..~27 tahun Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia~