Monday, January 24, 2011
LUCU : Kelebihan Kanta Sentuh Berbanding Cermin Mata
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Suatu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang di senarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.
Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.
Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tahu?" tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?".
Johan pun tensen... Last-last tak jadi ambik pekerja baru.
Thursday, April 8, 2010
~ThE EyEs PoTrAy ThE AnTiQuItY oF ThE sOuL~
[perghh...gaya terbaik dan unggul..heee~3rd yr]
[4th yr nk posing depan ballroom..boleh je..]
Tuesday, April 6, 2010
Kisah Kanak-Kanak Buta
Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu.
Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis”Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?
Moral Story: Bersyukurlah untuk apa yang anda miliki .. Jadi kreatif. Jadi inovatif. Berfikir secara berbeza dan positif.Ketika kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, menunjukkan kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum. Peganglah saat ini dengan keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut. Jaga iman dan buanglah rasa takut.Hal yang paling indah adalah melihat seseorang tersenyum …Dan bahkan lebih indah adalah, mengetahui bahawa anda adalah alasan di balik itu!
Nikmati hari anda dengan hati syukur.
-dipetik dari sYok.Org,Posted by saf_wan-
Friday, March 19, 2010
Hari Sukan Optometri Meriah!
tahniah kepada organisasi yang terlibat, yang berusaha menggerakkan program ini.. terutamanya kepada Exco Sukan Kelab Opto, iaitu mawi dan kang yong haw.. pujian turut diberikan kepada pengarah program, iaitu Chong Teng Chou serta pelajar tahun 2 kerana berjaya melaksanakan program ini.
ramai juga pelajar yang hadir..senior2 4th year dan 3rd year turut turun padang untuk sama2 bermain sukan pada pagi itu. Pensyarah kesayangan kami juga hadir untuk memberikan sokongan, antaranya Dr Rokiah dan Puan Fadhilah. Sememangnya, program seperti ini amat bagus diadakan kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa optometri serta dapat berpeluh2 di padang ( erk?)..hehe, jangan asyik menghadap buku shj, bersenam tu juga penting..
hopefully, program ini dapat diadakan lagi untuk sesi hadapan..kita buat Family Day Opto ok?
heee... sekian laporan dari saya, dari bilik bertugas ( ceh) =))
Tuesday, February 16, 2010
Pengesahan Jadual Masuk Peperiksaan
www.ukm.my/smpweb
Monday, February 15, 2010
opkom ~Kg Tebuk Mufrad~
Alhamdulillah, Operasi Khidmat Masyarakat Optometri kali ke-18 berjaya seperti yang dirancangkan..bertempat di Kg Tebuk Mufrad, Sabak Bernam, Selangor..seramai hampir 400 org yg hadir, 202 org telah layak menerima cermin mata percuma. Semoga kehadiran kami menjadi kenangan terindah bagi penduduk Kg Tebuk Mufrad insyaAllah..
Sunday, October 25, 2009
-final-exam-
Monday, October 19, 2009
biasiswa persekutuan
Thursday, October 15, 2009
JAMUAN RAYA OPTO BEST !
1st year yg sporting dan segak berbaju melayu
~ 1st year gurlz~
~ 1st year and 2nd year gurlz~
Pelajar 3rd year yang hadir.. comel2 belaka, hiks~
Senior2 4th year yang hadir.. memang terbaik lah!!
1st year and 4th year ( sesi berkenalan)
jamuan raya opto/09 berlangsung dgn lancar.. dapat juge berinteraksi dgn pelajar2 1st year.. memang itu laa tujuan nya..untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita...hee, semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan..
Wednesday, October 14, 2009
~pre-visit opkom~
Thursday, October 1, 2009
JAMUAN RAYA OPTOMETRI..
MASA : 8.00 MALAM - 11.00 MALAM
TEMPAT : DSG, KTSN
PAKAIAN : BAJU RAYA YE..
marilaa beramai-ramai memeriahkan jamuan raya ni.. hope semua dapat datang dari 1st year hingga laa final year.. insyaallah lecturer pon datang..setahun sekali je.. julung-julung kalinya diadakan..hehe.. bawak laa kuih raya...
kita juga akan adakan interaksi bersama pelajar tahun 1.. ada aktiviti sikit..persembahan from budak2 1st year... credit to all 2nd year yg organize program ni...thanx!!
Sunday, September 27, 2009
Wednesday, September 9, 2009
~meeting opkom (yg ke-4)~
Monday, August 17, 2009
Friday, August 14, 2009
-senaman untuk mata~
1. Memandu terlalu lama (long distance)
2. Guna komputer lama sangat
3. Terlalu banyak menonton TV
4. Membuat suatu perkerjaan yang memerlukan fokus dekat dalam keadaan berpanjangan
Aku pasti ramai antara korang selalu mengalami fenomena 'eye-strain' nih.... Tau tak korang, fenomena ni sebenarnya dapat dilegakan atau dihilangkan dengan siri2 senaman yang ringkas yang korang boleh buat on the spot... Malah, jika korang selalu buat senaman2 ni selalu, sistem kawalan fokus serta kekuatan mata korang akan bertambah dan mata korang akan menjadi semakin 'mantap' dalam melakukan kerja2 fokus dekat...
Jom kita layan.... 1,2,3,4....8 lagi....1,2,3.... yeah....!!!!
1. 'Push Up' Mata Korang
Senaman bertujuan untuk menguatkan koordinasi mata korang dalam melihat objek2 dekat bersama2... Kiranya korang ajar mata kiri dan kanan untuk bekerja secara berpasukan..heheh..
Kalau koordinasi kedua mata kurang, ni lah yang menyebabkan mata cepat letih...
Caranya, korang pegang sebatang pen pada jarak panjang tangan dihadapan mata korang... Pastu korang fokus ke hujung mata pen tersebut dan bawak pen tu perlahan2 semakin dekat kearah hujung hidung korang... Pastikan mata sentiasa fokus kat hujung pen tersebut sampai la korang nampak hujung pen tu jadi dua... ulang latihan sampai korang still nampak hujung pen tu satu je walaupun hujung pen tu dah sampai kat hujung hidung korang.... yesssszaaaa...
2. Latihan Mengubah Fokus
Latihan ni bertujuan untuk melambatkan mata korang menjadi letih apabila melakukan 'near task'. Latihan ni bertujuan meningkatkan abiliti mata korang untuk mengubah fokus dari tengok jauh ke tengok dekat atau sebaliknya...
Korang amik satu buku atau surat khabar and pilih tulisan yang agak kecik.... korang fokus pada tulisan tu and bawa tulisan mendekati mata korang... Bawa sampai point last sekali korang still boleh baca tulisan tu...( dekat lagi dari point tu korang dah nampak kabur tulisan tu). Korang tenung tulisan tu selama 15 saat dan lepas tu korang alihkan pandangan korang kat objek jauh yang jaraknya lebih kurang 10 kaki and tenung selama 15 saat jugak... Korang boleh ulang step tadi selama 5 kali...
3. Latihan 'Merry Go Round'
Nama latihan kat atas ni aku yang pandai2 bagi....hehe... Latihan ni bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen kat mata korang.... Mata korang akan lebih 'fresh' lepas korang buat latihan ni...
Korang cuba pusingkan bola mata korang dalam satu pusingan lengkap sebanyak 3 kali atau lebih pun takpe... Ikut suka korang... Lepas tu korang gerakkan mata korang ke kanan dan ke kiri dan ke kanan semula...
4. Tekup dan Urut
Nama latihan ni pun aku reka2 sendiri....heheh... Latihan ni bertujuan untuk merelakskan mata korang setelah sekian lama bekerja....
Jangan tertido terus yer!!!!
Caranya, korang tutup mata and kemudian korang urut mata korang dengan belakang tapak tangan... korang boleh lakukan serentak pada kedua2 mata dalam masa beberapa saat.... Sejurus selepas tu, korang bukak mata and korang tekup mata korang dengan tapak tangan (korang jadi tak nampak la masa ni!!!). Korang biar dalam masa 30 saat dan tarik nafas perlahan2 dengan menggunakan hidung....yesssssszaaaaa
Ok....Amacam...??? Boleh la nanti korang cuba kat class ker, kat DK ker,midvalley ker, atau dimana2 korang rase sesuai... Kalau korang nak praktikkan di gym2 yang berhampiran pun boleh...Aku tak kisah...hehehe...
Pastikan jugak korang banyakkan berkelip dan menguap untuk melancarkan pengaliran air mata dan oksigen...Banyakkan juga pengambilan air masak yer... Kalau korang amalkan selalu, mata korang akan lambat letih n produktiviti korang akan bertambah...cewah....:)
~SELAMAT MENCUBA!~
TAHNIAH KEPADA SENIOR OPTO BATCH 2005/2006
~berhati-hati lah!!!~
Thursday, August 13, 2009
Tuesday, August 11, 2009
~PROGRAM PESTA KONVOKESYEN KE-37~
10.00 am - 1.00 pm
Alunan Rentak Islam=Pentas Kebudayaan
8.00 am - 5.00 pm
Voices Of Tomorrow=Dewan Gemilang
2.00 pm – 5.00 pm
Konvo Fear Factor=Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Bicara Ad-Din=Pentas Kebudayaan
13 Ogos 2009 (KHAMIS)
8.00 am - 12.00 pm
Riang Ria Bersama Pizza Hut=Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Perasmian=Dataran Dewan Gemilang
14 Ogos 2009 (JUMAAT)
8.00 am - 12.00 pm
Choral Speaking Pentas Kebudayaan=Dewan Gemilang
Pertandingan Azan=Dewan Gemilang
Pertandingan Hafazan=Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas
8.00 am - 5.00 pm
Festival Pantun (Saringan)=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
2.30 pm - 5.00 pm
Kids Fun Cheer=Pentas Kebudayaan
Cosplay Convo=Pentas Diraja
Pertandingan Tilawah / Iqra=Dewan Gemilang
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Simfoni Nurani=Pentas Kebudayaan
15 Ogos 2009 (SABTU)
8.00 am - 12.00 pm
Demonstrasi Arena Pendekar=Pentas Kebudayaan
Pesona Wanita Anggun=Dewan Gemilang
8.00 am - 5.00 pm
Pertandingan Memancing=Tasik Kejuruteraan
Pertandingan Reka Cipta Wau Bulan Dan Permainan Rakyat=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Festival Pantun (Final)=Dewan Gemilang
Pertandingan Chess=Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas
2.00 pm - 5.00 pm
Ilusi Suara UKM=Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Evolusi Seni Tari=Pentas Kebudayaan
16 Ogos 2009 (AHAD) =semua kat DG
9.00 am - 5.00 pm
Enchanted Motor Show
Convo Car Saloon
Convo RC Drift Battle
8.00 pm - 11.00 pm
International Culture Show
17 Ogos 2009 (ISNIN)
9.00 am - 12.00 pm
Malaysian Cooking Challenge=Dataran Dewan Gemilang
Forum=Dewan Gemilang
Pertandingan Pidato=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
9.00 am - 5.00 pm
Super Built Tower=Pentas Diraja
2.00 pm - 5.00 pm
Malaysian Books of Records=Pentas Kebudayaan
Sejenak Bersama UKM=Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
8.00 pm - 11.00 pm
Seni Pentas Dimusical=Pentas Kebudayaan
18 Ogos 2009 (SELASA)
9.00 am - 12.00 pm
Seni Kaligrafi=Pentas Diraja
Pertandingan Kawad=Kaki Stadium
8.00 pm - 11.00 pm
Majlis Malam Penutup=Pentas Kebudayaan
~ PTPTN & JPA~
PENGUMUMAN
UNIT KEBAJIKAN PELAJAR
JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR
PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SEMESTER I SESI
2009/2010 UKM BANGI, UKM KL DAN PPUKM (KELOMPOK KEDUA)
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah Berjaya ditawarkan Pinjaman
Pendidikan PTPTN bagi Semester I Sesi 2009/2010 (Kelompok ke II), pelajar boleh
menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada :
UKM KL DAN PPUKM
Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2009
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Tingkat 1 Blok E (TIBE)
UKM KL
&
SESI PENGHANTARAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN
PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM DI UNIVERSITI/INSTITUSI
TEMPATAN (IPTA/IPTS) BAGI PELAJAR UKM
SESI 2009/2010 (9A)
Sukacita dimaklumkan pelajar yang telah Berjaya ditawarkan Biasiswa JPA Sesi
2009/2010, Sesi penghantaran Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian ialah pada:
Tarikh : 12hb Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat : Unit Kaunseling, JPPel
Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi 03-89215316
Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)
Monday, August 10, 2009
~interaksi opto~
Sunday, August 9, 2009
~lab coat~
harap bersabar..kak Matina ngah jahit lagi lab coat korang tu..yg 1st yr pinjam la dulu kawan-kawan punya atau senior punya ke dulu..tapi da pinjam basuh la dulu sebelum nak pulangkan..faham?! ala,korang pun belum bayar habis lagi kan..insyaAllah sebelum raya pertama dapat..korang boleh la pakai masa raya pertama nanti..bendahari 2nd yr tolong kutip duit kat semua tau..semua 1st tak bayar lagi RM6..jangan buat-buat hilang ingatan pula..
lengan pendek = RM 36, lengan panjang = RM 38, tanpa lengan = mana ada jual..
~nikmat mata~
Melengah katarak - Delaying cataract
“SAMA ada berlaku pada sebelah mata atau kedua-duanya, katarak disebabkan oleh kekaburan yang berlaku pada lensa dalam mata hingga menjejaskan upaya penglihatan.
“Kebanyakan kes katarak berhubung kait dengan faktor peningkatan usia,” ujar Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof. Dr. Che Muhaya Mohamad.
Jelas beliau, walaupun kebanyakan kes komplikasi penglihatan ini berkait rapat dengan usia, terdapat empat lagi jenis katarak yang tercatat dalam rekod perubatan.
“Secara teorinya ia bermula daripada perubahan yang terjadi pada lensa di belakang iris dan pupil. Lensa itu berfungsi sama seperti lensa kamera.
“Ketika inilah katarak bermula. Keadaan kabur itu boleh membesar dan bertambah buruk hingga membuatkan daya penglihatan seseorang bermasalah,” terang Che Muhaya yang tidak menolak kemungkinan penyakit diabetes dan tabiat merokok sebagai penyumbang katarak.
Selain pengumpulan protein, penglihatan terjejas apabila lensa yang jernih perlahan-lahan bertukar menjadi warna kekuningan atau keperangan.
“Lensa yang berubah warna itu membuatkan penglihatan dipengaruhi ton warna keperangan.
“Semakin lama permukaan lensa yang terjejas itu menyukarkan upaya seseorang melakukan aktiviti harian seperti membaca, memandu dan mengecam wajah,” ujar Che Muhaya.
Jika ada pendapat yang mengatakan bahawa katarak merupakan penyakit untuk warga tua, fikirkan semula. Istilah ‘penyakit mata berkaitan peningkatan usia’ itu sendiri suatu yang mengelirukan.
Sebenarnya, seseorang yang mendapat katarak tidak semestinya berusia lebih 60 tahun, sebaliknya sudah banyak kes yang dilaporkan berlaku di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an.
“Hanya dengan memakai cermin mata hitam ataupun topi dapat menghalang sinar ultra ungu matahari daripada menjejaskan mata, seterusnya melambatkan kemungkinan mendapat katarak.
“Kalau anda merokok, berhentilah,” kata Che Muhaya yang turut mengesyorkan pengambilan nutrisi yang baik seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan serta sumber makanan lain yang mengandungi agen antioksida.
Pesan beliau kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas: Jalani pemeriksaan mata komprehensif sekurang-kurangnya setahun sekali.
Selain dapat mengenal pasti petanda penyakit mata lain, rawatan awal bagi sebarang jenis komplikasi mata akibat usia boleh menyelamatkan deria yang penting itu.